Tarikan Produk

SiHulk adalah minuman kultur yang menggunakan madu lebah yang telah ditapaikan. Pada pendapat SiHulk, kebaikan madu lebah adalah bukan berpunca dari madunya tetapi pada hidupan seni yang terdapat di dalam perut lebah yang dipanggil mikrob iaitu mikro oragnisma. Kandungan ini disahkan oleh QAS SIRIM International. Apa yang unik ialah jenis mikrobnya ialah jenis AEROBIK!

Kandungan mikrob ini juga disokong oleh makmal panel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Lotus Laboratory yang turut mengesahkan bahawa minuman SiHulk tidak mengandungi bahan kimia. Kejayaan pengaplikasian sains ke dalam minuman ini menarik perhatian British Publishing House beribu pejabat di London untuk datang ke kilang bagi mengesahkannya.

 

Prosesnya amat mudah di mana anda sendiri boleh melakukannya di rumah dengan menyediakan bahan bahan berikut:

  1. Madu Lebah asli tidak semestinya mahal walau lebah yang dipelihara
  2. Gula batu iaitu pepejal gula yang bersaiz besar atau dipanggil sebagai candy sugar
  3. Serbuk teh untuk mendapatkan air teh ‘O’
  4. Pati Rose apa apa jenapa yang ada di pasaran bertujuan untuk warna dan perisa. Pada permulaan operasi SiHulk menggunakan roselle tetapi terpaksa ditukar kepada ros kerana bekalan yang tidak mencukupi
Ramuannya lebih kurang sama dengan penyediaan Mud Mud atau Teh Kambuja 
AMARAN : SEMUA BAHAN YANG DISEDIAKAN MESTILAH TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET DAN BAHAN PEWARNA

Langkah langkahnya seperti berikut:

  1. Campurkan madu lebah dengan air biasa (air tapis adalah lebih baik) dengan nisbah 1 madu dan 669 air. Sedikit sahaja madu diperlukan, contohnya 1 ml madu dicampur dengan 669 air. Proses mencampur ini perlu dilakukan waktu Molecular Geometry di mana sudut di tempat anda adalah 104.3125 darjah menghala ke matahari dan menghala ke bulan. 
  2. Kemudian campuran ini dibiarkan bercampur sekurang kurangnya 18.444 jam. Masa ini diperlukan bertujuan untuk mengaktifkan mikrob yang dormant (tidak aktif) di dalam madu lebah agar kembali aktif.
  3. Masukkan gula batu dengan nisbah 1 gram gula batu bagi setiap 8 ml air pati yang disediakan dalam langkah 1 dan 2. Dan ditambah pati ros atau sirap untuk mendapatkan warna yang menarik dan dimasukkan 1 gram air teh bagi setiap 8 ml air pati ini. Anda boleh menggunakan perisa lain selagi mana ia tidak mengandungi bahan kimia. Waktu untuk mencampurkan ramuan ini adalah pada jangka masa Sidereal Time yang berlaku setiap hari selama 236 saat sahaja.
SYABAS ANDA SUDAH BERJAYA MELAKUKANNYA

Anda boleh terus minum atau menyimpannya di dalam bekas minuman seperti botol atau jar. Lebih enak sekiranya disimpan di dalam peti sejuk.

Proses penapaiannya akan berlaku berterusan dan tiada tamat tempoh untuk anda meminumnya kerana cuka adalah sudah basi. Baunya seperti air nira atau cuka epal atau cuka kurma.

Minuman SiHulk juga mempunyai SCOBY iaitu hampas selepas penapaian sebagaimana Kemboja Teh atau Mud Mud

Kos bahan yang anda perlukan bagi 1 liter minuman tapai madu lebah ini adalah RM3.50 sahaja:

  1. Madu lebah – 2 gram’
  2. Gula batu – 125 gram gula

Kos pengilangan SiHulk adalah RM3.00 sahaja sebotol

  1. Bahan mentah – RM1.00
  2. Bahan pembungkusan – RM1.00
  3. Kos Pentadbiran dan operasi  – RM1.00

SiHulk dipasarkan dengan 10 botol sekotak bagi memastikan kos pengangkutan yang lebih murah yang beratnnya menghampiri 4.0 kg sekotak. Kos penghantaran kami masih rendah juga iaitu RM7.00 sekotak.

Harga pasaran SiHulk adalah RM7.00 sebotol, atau RM70.00 sekotak. Walau bagaimanapun, harga pengedar adalah lebih menarik untuk menarik minat mereka yang ingin berjinak jinak dalam perniagaan.

Harga RM3.50 atau RM35.00 sekotak dijual kepada pengedar bergelar Captain dengan pembelian sulung RM3,500.00 untuk 100 kotak. Pengedar bergelar Engineer membeli belian sulung RM1,200 bagi 30 kotak dan pengedar bergelar Crew dengan belian sulung RM420.00 untuk 10 kotak. 

Pembelian kedua dan seterusnya adalah sama iaitu RM35.00 atau RM40.00 atau RM42.00 sekotak mengikut taraf pengedar walau pembeliannya hanya sekotak.

Keuntungan bagi pengedar Captain boleh mencecah RM35.00 sekotak bila dijual terus dengan pengguna atau RM5.00 sekotak bila dijual kepada Engineer atau RM7.00 sekotak bila dijual dengan Crew. 

JADI KEUNTUNGAN SYARIKAT HANYA RM0.50 SEBOTOL SAHAJA

 
5/5
"Setiap penyakit ada penawarnya"
Suhaini Mohammad

Certified Products

We are not vaccine and we are not medicine but just a fermented honey bee drink

Why choosing SiHulk