Deprecated: Function Elementor\DB::is_built_with_elementor is deprecated since version 3.2.0! Use Plugin::$instance->documents->get( $post_id )->is_built_with_elementor() instead. in /var/www/vhosts/sihulk.my/nusaraya.com.my/wp-includes/functions.php on line 5379

Makanan Sunnah Vs Penawar Penyakit

Mungkin ramai yang terkeliru di antara 2 perkara; makanan sunnah dan penawar penyakit. Makanan sunnah seperti madu lebah (bukan serangga lain selain lebah), buah zaitun, kismis (anggur kering), buah tin, habbatul saudah (lada hitam) dan kurma; adalah makanan yang nabi SAW syorkan kerana memiliki khasiat untuk badan.

Ia adalah sama juga dengan makanan berkhasiat yang lain seperti karot mengandungi vitamin A yang baik untuk mata dan lemon mengandungi vitamin C baik untuk kulit.

Maka ramai yang terkilan kerana penyakit tidak baik waluapun sudah mengambil makanan sunnah ketika sakit. Bahkan ramai yang berbekam kerana ingin sihat kerana Nabi SAW mengamalkan bekam.

Samalah juga dengan orang yang rabun kemudian kecewa bila memakan karot tetapi kekal rabun dan orang yang berkurap memakan lemon. 

Perbezaan Makanan Sunnah (Berkahsiat) dengan Penawar

Makanan Sunnah ialah kelaziman memakan makanan yang disyorkan Nabi SAW kerana ia mengandungi khasiat untuk TUBUH BADAN YANG SIHAT dan BUKAN untuk MENGUBATI PENYAKIT. Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Dan janganlah kita menyalahkan makanan sunnah kerana penyakit kita tidak baik baik dan tidak melihatkan sebarang tanda pemulihan.

Makanan sunnah hendaklah diamalkan setiap masa sebelum datangnya penyakit iaitu PENCEGAHAN (preventive), tetapi apabila sudah didatangi penyakit maka hendaklah kita mencari penawarnya bagi PEMULIHAN (corrective).

Madu Lebah adalah Penawar segala Penyakit

Benar dan jelas madu lebah adalah penawar segala penyakit tetapi madu yang dihasilkan oleh lebah dan buka kelulut atau kumbang. Tetapi ramai yang mencari madu kelulut kerana madu lebah tidak mendatangkan hasil. Bukan salah madu lebah, tetapi salah kita dalam mentafsir ayat Al Quran.

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ 69. 
kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.

Yang menjadi penawarnya ialah dari perut lebah dan bukan jenis madu, kerana ada yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan madu tualang atau Yaman yang didakwa lebahnya yang liar tidak dipelihara.

Sedangkan Allah SWT berfirman bahawa madu lebah walaupun sarangnya dibina oleh manusia:

وَاَوْحٰى رَبُّكَ اِلَى النَّحْلِ اَنِ اتَّخِذِيْ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوْتًا وَّمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُوْنَۙ 68. 
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, “Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,

Rupa rupanya madu lebah hendaklah diproses terlebih dahulu ( jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan) sehingga ia berupaya menghasilkan pelbagai warna cahaya. 

Allah SWT telah mengajar manusia proses penapaian sebagaimana firmanNya:

وَمِنْ ثَمَرٰتِ النَّخِيْلِ وَالْاَعْنَابِ تَتَّخِذُوْنَ مِنْهُ سَكَرًا وَّرِزْقًا حَسَنًاۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّعْقِلُوْنَ  67. 
Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.

Kurma atau anggur atau apa juga sumber makanan termasuk madu hendaklah ditapaikan. Jika salah kaedahnya menjadi mabuk dan hukumnya HARAM, jika tidak memabukkan dan hukumnya HARUS.

Selain itu juga Allah SWT mengajar manusia mengenai kandungan di dalam perut haiwan (mikrob) sebagaimana firmanNya:

وَاِنَّ لَكُمْ فِى الْاَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۚ نُسْقِيْكُمْ مِّمَّا فِيْ بُطُوْنِهٖ مِنْۢ بَيْنِ فَرْثٍ وَّدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَاۤىِٕغًا لِّلشّٰرِبِيْنَ  66.
Dan sungguh, pada hewan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya.

Penyediaan Madu Lebah sebagai Penawar

Membaca Al Quran secara holistik iaitu menganalisis secara tematik yang mengambil kira tema madu lebah dengan mencari sebuah cerita lengkap. Jadi ceritanya ada di dalam Surah Lebah iaitu Surah ke 16 dari ayat 66 hingga ayat 69

  1. Ayat ke 66 mengisahkan kewujudan mahluk di dalam perut haiwan selepas susu tetapi masih belum menjadi darah iaitu mikrob
  2. Ayat ke 67 mengisahkan kaedah yang senang iaitu kaedah penapaian yang mesti dikaji dan teliti agar ia tidak memabukkan 
  3. Ayat ke 68 mengisahkan hanya lebah dan bukan serangga lain walau ianya diternak oleh manusia
  4. Ayat ke 69 merumuskan PERUT LEBAH (Ayat 66), JALAN (Ayat 67), LEBAH (Ayat 68) terbukti dengan kewujudan pelbagai warna cahaya dan inilah yang menjadi penawar segala penyakit.

Daripada Abu Said Al’Kudri r.a. katanya:

“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”, Sabda Rasulullah SAW. “Minumlah madu lebah kepadanya”: Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya ” Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”, Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga”. Sabda Rasulullah S.A.W. “Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta”. Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya”.

Hadith ini menjelaskan bahawa pengambilan madu lebah  tidak segera memulihkan pesakit tetapi dalam kekerapan ini, madu tersebuit mungkin sudah melalui penapaiannya dan bila diminum setelah beberapa kali, baharulah ia menjadi poenawar.

Kitab “Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi  ”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda”Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.

Jadi minum madu sebagai amalan harian adalah sunnah pemakanan untuk menghasilkan tubuh badan yang sihat dan dijauhi penyakit berat (preventive) dan bukan corrective.

Menjilat di sini adalah merupakan proses penapaian dan hanya berlaku 3 kali sahaja dalam sebulan.

9 thoughts on “Makanan Sunnah Vs Penawar Penyakit”

Leave a Comment