Mikro-biologi dari perut lebah

Rahsia madu lebah menjadi penawar penyakit manusia ialah MIKRO ORGANISMA BIOLOGI daripada perut lebah berada di dalam madunya apabila lebah memuntahkannya ke dalam sarangnya.

Walau bagaimanapun, mikrob ini adalah tidak aktif sebagaimana virus yang tidak aktif digunakan di dalam vaksin (dormant). Ia harus diaktifkan dengan menggunakan kaedah yang mudah menurut peraturan alam iaitu penapaian.

Al-Quran telah menetapkan madu lebah adalah penawar pelbagai penyakit manusia tetapi kebanyakan manusia terus gelojoh menganbil madu lebah tanpa meneliti maksud Al Quran di mana akhirnya mendatangkan mudarat kepada mereka.

Mari kita meneliti ketetapan ketetapan yang terkandung di dalam surah lebah ayat ke 66 hingga 69 yang menetapkan madu lebah adalah penawar bagi semua penyakit manusia.

66. Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

67. Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya. 

68. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Ayat 69 dengan jelas mengatakan bahawa madu lebah mestilah diproses dengan peraturan peraturan alam yang mudah yang diilhamkan. Pengambilan makanan yang segera dianjurkan untuk  susu haiwan ternakan sepertimana yang dinyatakan di alam ayat 66 dan bukan kepada madu lebah yang diminum tanpa pemprosesan.

Kaedah pemprosesan madu lebah ialah penapaian sepertimana yang dinyatakan di dalam ayat ke 67 yang menyentuh buah buahan ada yang haram dan ada yang haram setelah ditapaikan.

Manakala yang menjadi penawar sebenarnya ialah lebah itu sendiri dan bukannya makanan yang dimakan oleh lebah kerana tiada bezanya antara lebah di hutan atau di pokok pokok atau pun dibela seperti yang dinyatakan di dalam ayat 68.

Kesimpulannya madu lebah menjadi penawar adalah disebabkan oleh mikrob yang berasal dari perut lebah dimuntahkan  bersama madu sebagai medium seperimana ayat 69 yang kemudian perlu diproses secara fitrah iaitu secara penapaian sepertimana yang dianjurkan dalam ayat ke 67 untuk mengaktifkan mikrob. Keaktifan mikrob ini terbukti dengan pergerakan mikrob yang tidak berhenti iaitu getaran yang menghasilkan gelombang. Gerakan gelombang menghasilkan frekuensi yang memancarkan pelbagai warna. Getaran ini yang menjadikan mikrob ini dikategorikan sebagai MIKROB AEROBIK.

SiHulk diuji di makmal mengandungi mikrob spesis aerobik yang membuktikan bahawa mikrob dari madu lebah yang berasal dari dalam perut lebah sudah wujud dan aktif.

SIRIM QAS International telah mengesahkan minuman SiHulk mengandungi 5,800 plat mikrob bagi setiap gram atau bersamaan dengan 2.03 juta plat mikrob di dalam sebotol minuman SiHulk.

Pihak SIRIM juga berjaya mengesan jenis mikrob yang terdapat dalam minuman SiHulk ialah AEROBIK

Pembelian boleh dibuat menerusi stokis kami pada hargfa berikut:

1. Sebotol berisi 324 ml berharga RM7.00
2. Sekotak berisi 10 botol berharga RM70.00
3. Pakej niaga disediakan dengan potongan sehingga 50%

Hubungi hotline 019-3394 668 | 07-3391669