Rahsia Pembuatan SiHulk

Rahsia pembuatan SiHulk adalah berpandukan kepada Al Quran surah ke 16 ayat ke 69:

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu“. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Ramai yang gelojoh kerana tidak meneliti satu persatu ayat ini. Bagi yang terus mengambil madu lebah dan meminumnya, memang ia tidak menjadi mudarat kerana madu lebah perlu diproses terlebih dahulu. …erta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. 

Prosesnya mudah tetapi perlu diilhamkan oleh Sang Pencipta. …diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.  Ya prosesnya terlalu mudah iaitu proses penapaian tetapi amat bergantung kepada jadual waktu berdasarkan peraturan alam… kena fikir dan kena kaji ya .. orang-orang yang mahu berfikir.

Kemudian ramailah yang meninggalkan madu kerana tidak seperti dijanjikan menjadi penawar! .. sedangkan Sang Pencipta menjanjikan penawar.. penawar bagi manusia…. Banyak yang dicuba manusia termasuk madu kelulut padahal Sang Pencipta jelas mengatakan lebah. Ramai juga yang berbelanja mahal untuk madu tualang kerana sarangnya tinggi tetapi hasilnya sama sahaja termasuk madu dari Yaman. 

Kami kongsikan bagaimana madu diproses baharulah menjadi penawar bagi semua penyakit manusia.

 

Lebah hanya memakan manisan daripada bunga bungaan dan buah buahan sama ada di hutan atau yang diternak. Yang penting haiwannya ialah lebah bukan kelulut dan bukan kumbang

Setelah menghisap manisan madu dari bunga dan juga buah, lebah membawa manisan tadi di dlam perutnya lalu terbang ke sarang untuk menyimpannya

Di sarang lebah memuntahkan manisan madu yang dihisapnya dari bunga dan buah. Muntahnya akan mengeluarkan manisan berserta dengan isi perutnya yang lain termasuk mikrob (mikro-organisma biologi) yang telah wujud di dalam perutnya sejak azali.

Manisan ini tersimpan di dalam rangkaian sarang lebah (comb) yang akan dimakan oleh anak anak lebah pada jadual waktu menurut firah lebah. Anak anak lebah ini tidak memakan manisan ini sepanjang waktu tetapi menurut jadual pemakanan mereka tersendiri. Siapa yang mngajar mereka? Tiada siapa yang mengajar mereka tetapi mereka dijadikan dengan fitrah sepertimana ayam berkokok di Subuh hari

Penuaian madu lebah adalah menerusi kaedah biasa selagi mana cecair manisan dapat diambil sama ada yang di hutan atau yang dituai (bela).

Proses yang mudah adalah proses penapaian yang banyak juga makanan menggunakan kaedah ini seperti tapai pulut dan minuman cendawan mekah. Walau bagaimanapun, ia harus mengikut waktu sebagaimana fitrah anak anak lebah yang memakan madu menurut waktunya.

Waktunya ialah di mana berlakunya Sidereal Time, sudut bumi berada pada 104.3125 darjah dengan bulan dan matahari, dan waktu terkumpulnya 7 cahaya alam. Soalannya “Bila?” Anda perlu mengkaji dan belajar mengenainya kerana jika salah waktunya ia akan menjadi rosak bahkan beracun.

Kami didatangi oleh British Publishing House London kerana teruja dengan pemprosesan minuman kami yang menggunakan kaedah sains. Kami tetap merahsiakannya kerana ia adalah harta intelek kami (intellectual property). 

Konsep ini adalah sama dengan kopi LUWAK yang berkhasiat dan mahal harganya sehingga RM100 secawan kopi. Kopi ini adalah biji kopi yang diberak oleh musang yang menelan biji kopi. Khasiatnya bukan biji opi atau najis musang tetapi mikrob yang berasal dari dalam perut musang.

Proses Penapaian Berterusan

Proses penapaian berlaku secara berterusan kerana mikrob telah aktif dan terus aktif walau telah dibotolkan bahkan telah berada di dalam saluran darah peminumnya.

Harga minuman ini tidak semahal kopi Luwak RM100 secawan tetapi kami hanya menawarkan RM7.00 sebotol berisi 324 ml.

Minuman ini dijual juga sekotak mengandungi 10 botol dengan risalah panduan penggunaan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *