Adakah Madu Lebah Penawar Penyakit?

Ramai yang mengeluh kenapa pengambilan madu lebah walaupun setiap hari tiak menyembuhkan penyakit. Adajuga yang mencari madu hutan bahkan madu tualang yang harganya sangat mahal untul menjadi penawar dan ubat. Ada juga yang sanggup berbelanja ratusa ribuan ringgit untuk sebotol madu lebah gurun yang mungkin dipercayai mampu menjadi penawar penyakit. Hasilnya amat menyedihkan kerana bukan penawar yang dapat tetapi didatangi dengan pelbagai penyakit lain. Dah lah berbelanja besar demi penawar tetapi hasilnya amat menduka citakan!

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” Surah An-Nahli (16) : 69

Madu Harus Diproses, bukan minum mentah mentah

Madu lebah tidak asing lagi bagi manusia yang memperakuinya sebagai penawar termasuk para saintis dunia walau berlatarbelakang kepercayaan apa sekalipun. SiHulk menjadikan petikan ayat Quran di atas sebagai rujukan dalam kajiannya untuk menghasilkan penawar. 

Penerimaan pelajaran daripada Al-Quran sewajarnya diteliti dengan terperinci terutama bagi ayat yang berakhir dengan “orang orang yang mahu berfikir”

 (يَتَفَكَّرُونَ). 

Justeru SiHulk mengambil masa 2 tahun meneliti an mengakji secara kritis akan maksud yang terkandung iaitu yang tersirat hendak disampaikan kepada manusia mengenai madu lebah.  Kami ingin utarakan beberapa perkara yang mungkin mampu mengubah paradigma peminat ,madu.

1. Madu lebah ialah madu yang dihasilkan oleh haiwan bernama lebah dan bukannya haiwan lain seperti kelulut atau angkut angkut atau kumbang

2. Madu lebah seharusnya diproses dengan menurut peraturan Pencipta iaitu peraturan alam dan bukan diambil mentah mentah. Caranyanya mudah dan ianya diilhamkan kepada mereka yang dekat dengan Pencipta. Oleh kerana itu SiHulk mendapatkan petua proses madu ini daripada kitab Hadiqatul Azhar Qarrayahin karangan Sheikh Ahmad Al Fatani iaitu dengan cara penapaian pada waktu waktu tertentu.

3. Madu itu ialah muntah si lebah yang menghisap manisan bunga dan buah lalu dimuntahkan ke dalam sarangnya. Rahsia khasiatnya adalah PERUT LEBAH. Anda mungkin pernah mendengar mengenai “kopi luak” iaitu biji kopi yang belum hancur keluar dari perut musang hasil pembuangan airnya. Biji kopi ini dibersihkan dan diproses menjadi serbuk. Harganya RM100 secawan. Kopi ini berkhasiat bukan kerana jenis kopi tetapi kerana isi kandungan perut musang yang menyerap masuk ke dalam biji kopi. Samalah juga dengan madu, khasiatnya bukanlah dari jenis makanan lebah atau tempat tinggal lebah tetapi datangnya daripada isi kandungan perut lebah yang dihuni oleh mikro-organisma  atau mikro-biologi (mikrob) iaitu haiwan yang kecil seperti bakteria. Mikrob ini mendiami cecair madu lebah dalam keadaan tidak aktif (dormant). Ianya hanya aktif dan keluar dari kekisian madu hanya selepas molekul madu dipecahkan. SiHulk memilih kaedah penapaian (fermentation) pada waktu tenaga alam kemuncak bagi memabngunkan mikrob ini dari tidur dan bergerak aktif.

4. Madu lebah mempunyai pelbagai warna itu bukanlah warna luaran madu itu tetapi ia merujuk kepada warna warni yang terhasil daripada madu lebah hasil gelombang yang terbit daripada pergerakan mikrob. Sungguhpun madu lebah itu berwarna keemasan tetapi bagi SiHulk ia mengandungi 7 warna yang berubah mengikut waktu dalam sehari semalam. Ianya amat penting kerana berkait rapat dengan gelombang manusia yang dipanggil aura iaitu medan magnet badan manusia.

5. SiHulk mendapati madu lebah yang diproses dengan betul ini menjadi penawar bagi semua penyakit manusia sama ada penyakit jasamani mahu pun penyakit rohani.

Proses fermentasi Madu Lebah SiHulk berterusan...

Minuman SiHulk diadung dengan pati bungan mawar menjadikannya berwarna merah seawal dibotolkan. Walau bagaimanapun, warna merah mawar ini akan menghilang dan menjadi jernih selepas 20 hari hasil proses penapaiannya. Jadi anda jangan terkejut jika sekotak minuman SiHulk anda mengandungi beberapa botol berwarn merah dan selebihnya berwarna putih! Ini adalah fenomena biasa bagi membuktikan proses penapaian berlaku secara berterusan walau sudah berada di dalam perut anda. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *